Zaman Gawat Pilih Takaful Mana

ZAMAN GAWAT PILIH TAKAFUL MANA?

ZAMAN GAWAT PILIH TAKAFUL MANA?

 

Fasa PKP ni, ramai sangat yang terkesan dalam masa yang sama tahu kepentingan berTakaful.

Itulah antara sebab pada 20 Mei lepas, aku ada buat survey berkaitan 3 polisi ni.

Zaman Gawat Ambil Takaful Murah
Zaman Gawat Ambil Takaful Murah

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan, akan kongsikan hasil dapatan daripada voting dan pilihan yang terkumpul.

.
Sebelum itu, terima kasih banyak-banyak pada rakan, kenalan yang membantu. Seramai 85 responden yang bekerjasama melalui wasapp, facebook dan juga telegram channel. Terima kasih sekali lagi.

.
Ok! So dalam posting ini, aku akan ulas beberapa perkara :
+ Hasil dapatan
+ Terminologi
+ Kelebihan dan kekurangan hasil pilihan
+ Lain-lain

.

Zaman Gawat Pilih Takaful Mana
Zaman Gawat Pilih Takaful Mana

#TiadaYangPilihPolisiC

Hasil daripada pilihan anda semua, Polisi B menjadi pilihan utama responden dengan 54% daripada keseluruhan undian dan disusuli sebanyak 46% mewakili polisi A.

.
Seperti yang saya jangkakan tiada yang pilih Polisi C, kemungkinan besar adalah bayaran sumbangan bulanan yang tinggi.

.
Tapi percayakah anda? Ada yang memilih Polisi C sebagai pilihan sebab ada cash banyak.hehee.

.
#NilaiTunai(CashValue)BukanlahJaminanPulangan

Apakah itu NilaiTunai/CashValue?
NilaiTunai adalah suatu nilai yang ada dalam polisi Takaful yang diletakkan dalam portfolio pelaburan mengikut kepada profil risiko peserta Takaful.

.
NilaiTunai/CashValue dalam buku polisi sudah dimaklum secara jelas bahawa ianya adalah nilai yang #TidakDijamin ataupun #NonGuaranteeAmount. Kerana ianya bergantung rapat dengan pasaran semasa portfolio pelaburan.

.
Jadi, adalah tidak tepat andai kita beranggapan NilaiTunai pastikan kita akan dapat. Kita tersilap. Ubah semula mindset kita. Risau ada pula yang menfokuskan merancang dana pendidikan anak-anak dan persaraan melalui platform Takaful.

.
Fungsi lain NilaiTunai/CashValue adalah untuk menampung kenaikan harga polisi samada disebabkan oleh klaim yang tinggi ataupun tabung tabaru’ yang menguncup.

.
Lagi satu kelebihan polisi yang ada NilaiTunai/CashValue adalah lebih tahan lama(susah lapsed) sekiranya termiss bayar berbanding dengan polisi yang tiada CashValue.

.
#PolisiBMenjadiPilihanUtama

Seramai 46 daripada 85 responden lebih prefer Polisi B.

.
Dalam ruangan komen sebelum ini, ada beberapa sebab yang saya dapat dan jangkakan mengapa ramai memilih Polisi B, antaranya :
+ menjadi push-saving
+ dapat cashvalue/nilaitunai apabila tempoh matang
+ tak burn duit macam tu sahaja.

.
Jika anda tergolong dalam hujah di atas, ayuh kukuhkan semula kefahaman kita dengan perkara di bawah :
+ cashvalue adalah amount yang tidak dijamin
+ yes! Polisi saya lebih tahan lama dan tidak mudah lapsed jika termiss bayaran
+ jika ada rezeki, polisi matang nanti, boleh la dapat sikit cashvalue kalu ada

.
#PolisiAMurahTapiTakRamaiPilih

Walaupun nilai perlindungan Polisi A sama dengan Polisi B dan Polisi A jauh lebih murah dengan penjimatan Rm53, mengapa ramai yang tidak memilih polisi A?

.
Yang pilih Polisi A mesti hairan kan?hehe.
Sebabnya antara kelebihan yang ada sekiranya pilih Polisi A adalah JAMINAN simpanan Rm12K jika ianya disimpan dalam akaun simpanan biasa.

.
Apatah lagi jika ianya diletakkan dalam platform yang berpotensi memberi pulangan sehingga 5% dividen. Dalam masa 20 tahun boleh dapat RM20K. lebih tinggi daripada nilai CashValue dalam Polisi B yang tidak dijamin.huh?!

.
Perghh. Berlipat ganda tuu..
Namun persoalannya? Yeke rakan-rakan yang pilih Polisi A simpan duit lebihan RM53 tu ataupun habis di melabur di #Shoppee..?hehe..

.
Namun, pemilih Polisi A perlu alert dengan pembayaran sumbangan bulanan, kerana ianya agak sensitive jika termiss bayar walaupun sebulan. Boleh lapsed polisi. Jika ini polisi yang anda pilih, sebaiknya bayar tahunan.

.

Zaman Gawat Pilih Takaful Mana
Zaman Gawat Pilih Takaful Mana
#Kesimpulannya

Jangan berasa rugi kita bayar sumbangan Takaful, niatkan ianya sedeqah kita untuk kegunaan orang ramai dan sememangnya itulah fungsi Takaful.

.
Remindset semula tujuan kita berTakaful. Setiap produk ada kelebihan yang boleh dimanfaatkan.

.
Jangan tunggu produk perfect baru nak ambil, sebab setiap produk syarikat Takaful akan berrejuvenasi dari masa ke semasa.

.
Rancang Takaful untuk risiko sesaat mendatang.
Rancang Pelaburan untuk potensi jangka masa panjang.

.
Selepas tengok hasil dapatan ni, ada ke yang berubah daripada nak pilih polisi B, nak tukar pilih polisi A? atau pun sebaliknya? Hehe..

.
Apa komen anda?😊 Sebab zaman gawat, pilih takaful mana? Jom tengok contoh Takaful Jimat.

.
Saya tinggalkan contact jika ada yang perlukan bantuan lanjut.
http://www.wasap.my/+60135899852/PolisiABC

Akif Radzi
INFAQ Consultancy


Bongkar 3 Solusi Kewangan Anda
Isikan maklumat di bawah :

3 thoughts on “ZAMAN GAWAT PILIH TAKAFUL MANA?”

  1. Pingback: HIBAH TAKAFUL SUAMI ISTERI RM89 RM400,000 - Akif Radzi

  2. Pingback: TAKAFUL PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL - Akif Radzi

  3. Pingback: TAKAFUL MURAH SESUAI UNTUK HIBAH TAKAFUL

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top