Tempoh Polisi Takaful Terbaik

TEMPOH POLISI TAKAFUL TERBAIK

TEMPOH POLISI TAKAFUL TERBAIK

 

Baru ini saya terbaca tentang satu posting di facebook berkaitan tempoh polisi Takaful yang seolah-olah tidak berbaloi untuk dilanggan.

 

#SebelumItu

Pembaca semua perlu tahu ye, setiap polisi Takaful yang kita langgan memiliki tempohnya yang tersendiri. Dan bukan selama-lamanya akan berkuatkuasa. Apakah tempoh polisi takaful terbaik?

 

Pelbagai tempoh matang polisi yang ditawarkan dari serendah 5 tahun hingga setinggi tempoh tamat pada tahun 2115. Hah! Amik! Lama kan?

 

#TahuPerancanganKita

Apa tujuan kita ambil Polisi Takaful? Dan polisi yang bagaimanakah yang kita langgan?

 

Apabila kita jelas 2 aspek ini, insyaAllah kita boleh pilih tempoh yang sesuai mengikut perancangan kita.

Tak semestinya Polisi Takaful yang memiliki panjang tempoh masa, ianya baik, dan tak semestinya Polisi Takaful yang singkat tempoh matangnya bermakna ianya tidak baik.

 

So, kena tahu dan jawab dulu persoalan di atas.

Sebagai contoh, En Ahmad yang memiliki perlindungan MRTT rumah beliau hanya 20 tahun, sedangkan financing yang dibuat bertempoh 30 tahun, dan tahun ini adalah tahun yang ke-19 beliau bayar rumah tersebut.

 

So, apakah plan Takaful yang sesuai dengan keperluan beliau?

Secara asasnya, sudah memadai untuk ambil polisi yang bertempoh 10 Tahun.

Jika ada keperluan untuk ambil bagi tempoh yang lebih lama, apakah tujuannya pula? Mungkin untuk waqaf selepas tempoh 10 tahun, ataupun untuk dana pantas bagi urusan pusaka. Jelaskan?

 

Pengalaman saya berhadapan dengan Mr Prospek yang hanya inginkan tempoh plan Medikalnya sehingga umur 60 tahun sahaja.

Saya agak pelik juga bila beliau beritahu macam tu, sebabnya kebiasaannya sekitar umur itulah saat paling kritikal untuk dapatkan rawatan.

Lalu, saya provoke dengan menawarkan Plan Medikal Kad dengan tempoh 95 tahun.

 

Tetap beliau tak nak.

Katanya, “Waktu tu memang kita perlukan rawatan, tapi usia begitu, kita boleh ikhtiar tapi chances untuk recover tu agak tipis..”itulah yang beliau pegang.

Yang penting, beliau jelas dan clear lagi bersuluh concern kita.

 

#KonsultanKenaMainPeranan

Yes! Ini sangant penting.

Peranan konsultan kena jelaskan sebaiknya kepada bakal prospek supaya tempoh polisi yang ditawarkan memenuhi keperluan mereka.

Jangan sembunyikan info yang perlu prospek tahu, sebabnya akan membawa padah pada masa akan datang. Jika ada kesilapan, mohon maaf dengan mereka.

 

#Kesimpulan

Tak penting polisi sampai 1000 tahun sekalipun kalu tak bayar.

By the way, nak tanya, yang mana lebih penting antara Hibah/Income Protection atau Medikal Kad? (Klik untuk jawapan)

Akif Radzi

INFAQ Consultancy


Bongkar 3 Solusi Kewangan Anda
Isikan maklumat di bawah :

1 thought on “TEMPOH POLISI TAKAFUL TERBAIK”

  1. Pingback: TAKAFUL UNTUK RIDER MOTOSIKAL - Akif Radzi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top