Teknik Kukuhkan Simpangan Kecemasan

TEKNIK KUKUHKAN SIMPANAN KECEMASAN

TEKNIK KUKUHKAN SIMPANAN KECEMASAN

 

Jika kita rujuk berita bertarikh 28 Januari ini, laporan kajian Bank Negara Malaysia mendapati 75 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai wang kecemasan sekurang-kurangnya RM1000.

 

Statistik Simpanan Kecemasan Rakyat Malaysia
Statistik Simpanan Kecemasan Rakyat Malaysia

 

Statistik ini menjadi viral saat PKP 1.0 dek kerana ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkesan dengan bahana coronavirus ini ataupun Covid-19.

Biasakan dengar, kita kena tahu antara keperluan dan kemahuan dalam berbelanja.

 

Struggle dia lain macam kan bila kita nak asingkan.

 

Bahkan saya yakin tak semua kita mampu follow walaupun kita tahu ianya adalah perbelanjaan dalam kategori kemahuan.

 

Tahu nak belanja je kan? Tambah pula bila akaun baru masuk gaji.

 

So untuk kita selamatkan duit tersebut kita perlukan mindset dan set up strategi supaya dapat ikhtiarkan sesuatu untuk simpanan kecemasan kita. (Klik)

 

Jadi ke tak, itu perkara nombor 2, yang penting kita try apply dulu.

 

Kalau kita cari teknik menyimpan ni, memang pelbagai. Tapi yang mana satu sesuai untuk kita, itu persoalannya.

 

Ok!

 

So kat sini saya nak share teknik yang dipanggil BTS (Buy To Save) untuk kukuhkan simpanan kecemasan.

 

Macam mana nak apply teknik BTS ni?

 

Konsep BTS adalah sesuatu yang kita belanjakan dalam kategori kemahuan, maka kita perlu simpan sama dengan nilai tersebut ataupun sekurang-kurangnya 1/2 nilainya.

 

Simple! Faham kan? Hehe

 

Teknik Kukuhkan Simpanan Kecemasan
Teknik Kukuhkan Simpanan Kecemasan

 

Contoh

 

Kita boleh minum air mineral ataupun bawa bekal air dari rumah.

 

Tapi kadang-kadang kan, kita teringin nak Tea Live.

 

Beli Tealive, Simpan RM10
Beli Tealive, Simpan RM10

 

Jom kita kira, berapa average harga tealive yang biasa kita beli?

 

Saya letakkan contohnya RM10 untuk satu cup. Dan kita selalu beli at least 2x sebulan.

 

RM10(1 cup) X 2(kekerapan sebulan) = RM20(belanja untuk tealive sebulan)

Setahun anda dah belanjakan RM240 dengan tealive

 

Dengan kita apply teknik kukuhkan simpanan kecemasan ini, atau BTS (buy to save), kita sudah pun mempunyai RM240 dalam simpanan kecemasan kita.

 

Ini baru salah satu daripada produk/barang kemahunan kita.

 

Cuba kira untuk Thermomix pula. Hehe

 

Thermomix Boleh Kukuhkan Simpanan Kecemasan
Thermomix Boleh Kukuhkan Simpanan Kecemasan

 

Saya yakin banyak lagi yang kita dah belanjakan untuk kemahuan kita tapi sayangkan perbelanjaan tersebut tak mampu mengukuhkan simpanan kecemasan peribadi.

 

Teknik ini perlukan disiplin dan mindset yang jelas.

 

Moga teknik BTS ini mampu menjadi panadol dan ubat tahan sakit untuk mengubati simpanan kecemasan anda bermula hari ini dan hari-hari seterusnya.

 

Jangan pula simpanan tu terkorban pula (Klik)

 

Akif Radzi

INFAQ Consultancy


Bongkar 3 Solusi Kewangan Anda
Isikan maklumat di bawah :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top